Pasar Tani Berdekatan UPM | Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
» ARTIKEL » Pasar Tani berdekatan UPM

Pasar Tani berdekatan UPM

Universiti Putra Malaysia bukan sahaja memberi impak kepada kehidupan dan masa depan warganya, malahan kewujudan universiti ini juga mempunyai kesan terhadap masyarakat setempat. Menelusuri sekitar kawasan kediaman yang bersebelahan dengan universiti, anda dapat melihat bahawa suasana sekitar kawasan perumahan  di sini adalah hijau dan subur. Penduduk setempat secara aktif menanam tumbuh-tumbuhan sebagai makanan dan juga hiasan. Satu lagi contoh bagaimana UPM mempengaruhi Serdang adalah dengan kewujudan Pasar Tani yang berdekatan.

Pasar Tani di Malaysia biasanya merupakan pasar pagi yang menjual hasil tempatan. Di sini, anda boleh medapati pelbagai pilihan sayur-sayuran, makanan laut, buah-buahan, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Namun, Pasar Tani di Malaysia tidak hanya menjual produk dan bahan makanan, di sini juga terdapat barangan seperti  pakaian, alatan dapur dan sebagainya. Pasar Tani berdekatan UPM misalnya menawarkan pilihan rempah-ratus dan ubat-ubatan, cadar dan selimut, dan juga barangan lain yang biasanya ada terdapat di Pasar Tani

Pasar Tani berdekatan UPM terletak di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS). Pasar Tani ini beroperasi dari jam 7 hingga 10 pagi, pada setiap hari Sabtu. Pelajar boleh mengambil bas ke Medan Selera Putra(Putra Foodcourt) dan berjalan menuruni bukit  dan menapak sejauh kira-kira 100 meter untuk sampai ke Pasar Tani. Di sana, pelajar boleh bersarapan. Pelbagai makanan terkenal  Malaysia yang pastinya lazat boleh didapati.

Salah satu kedai yang paling menarik terdapat kedai menjual ubat-ubatan tradisional. Kedai ini menjual sabun, semburan dan salap yang mereka hasilkan sendiri. Mereka hanya menggunakan bahan semulajadi dalam pembuatan produk mereka. Ramuan herba seperti Stevia dan bunga seperti bunga raya adalah antara bahan yang digunakan. Salah satu sabun yang dijual diperbuat daripada betik yang sesuai untuk mengekalkan kulit yang sihat. Sabun ini dikatakan dapat mencerahkan kulit, merawat jerawat dan juga sangat lembut pada kulit.

Tarikh Input: 05/10/2018 | Kemaskini: 06/07/2020 | azlida_jamil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 7972
-
SXEZMAB~