By: Ahmad Syahrir Haqqimi Ismail
Program: Program Mobiliti KMB ke Bangkok
Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee (KMB) Universiti Putra
Malaysia (UPM) memeterai persefahaman kebudayaan, kesukarelawanan dan pendidikan
dengan dua buah Universiti yang terkemuka di Bangkok iaitu Universiti Chulalongkorn dan
King Mongkut Institute of Technology Ladkrabang baru-baru ini.
Pengetua Kolej KMB, Prof. Madya Dr. Jasronita Jasni berkata, kolaborasi antarabangsa ini
memberi pendedahan pelajar antara universiti untuk mempelajari aspek budaya, ekonomi,
pendidikan dan perubatan.
Program ini akan menjadikan pelajar UPM lebih terbuka dalam memberikan pendapat,
berpeluang untuk melakukan pelbagai aktiviti kemanusiaan serta mempelajari budaya dan
pendidikan di Thailand,” katanya.
Menurut beliau, persefahaman itu sempena program mobiliti KMB To Bangkok untuk
mewujudkan jaringan sosialisme yang ampuh bersama pelajar dari Thailand serta berkongsi
pengetahuan akademik, kesukarelawanan, aktiviti kebudayaan dan pembelajaran sepanjang
hayat.
”Lawatan ke fakulti perubatan, Agriculture and Technology, Science dan juga fakulti
Veterinar di Chulalongkorn dan King Mongkut Institute of Technology Ladkrabang serta
program pertukaran budaya turut dijalankan. Aktiviti Kesukarelawanan dan Khidmat
Komuniti juga dijalankan sepanjang program ini berlangsung, ia melibatkan program
kesukarelawanan bersama warga emas di Klinik Geriatrik Chulalongkorn Hospital, Aktiviti
Terapi Minda bersama Warga Emas di Rumah Persatuan Wanita dan Aktiviti Plogging di
Hua Takhe Community. Program ini juga adalah rentetan memorandum persefahaman oleh
Fakulti Of Bioteknologi dan Sains Biomolekul dan Fakulti Sains Chulalongkorn University,
telah ada sebelum ini,” ujar Dr. Jasronita. Pengetua Kolej KMB, UPM
Pengarah program KMB To Bangkok, Ahmad Syahrir berkata, penganjuran program ini
berpegang kepada objektif dalam memberi peluang khususnya pelajar KMB UPM untuk
mendapatkan pengetahuan dan kesimbangan pembelajaran didalam dan luar negara. ia
juga meningkatkan kegiatan kesukarelawanan, kemahiran komunikasi dan kreativiti visual
bersama komuniti disana.
Katanya, program tersebut diharapkan dapat melahirkan pelajar yang cemerlang sahsiah,
akademik dan kokurikulum sejajar dengan Matlamat 1 dan 3 Pelan Strategik UPM
2021-2025 iaitu Melahirkan Watak Graduan Berdaya Tahan Mendepani Cabaran Mendatang
dan Melestarikan Ekosistem Jaringan Industri dan Masyarakat.
Video Montage: https://drive.google.com/drive/folders/17FRmNiiFc_9DHTR_vWMuYhb9z_0Ruru-

Tarikh Input: 31/08/2024 | Kemaskini: 31/08/2024 | sh_najiyah

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia