PROGRAM MOBILITI PELAJAR KE UNIVERSITAS ANDALAS | Pusat Antarabangsa PUTRA (i-PUTRA)
» ARTIKEL » PROGRAM MOBILITI PELAJAR KE UNIVERSITAS ANDALAS

PROGRAM MOBILITI PELAJAR KE UNIVERSITAS ANDALAS

Prepared By: Nurfadzilah Madian

Program: Program mobility pelajar ke Universitas Andalas, Padang, Indonesia

 

5 orang pelajar daripada Institut Kajian Perladangan telah menyertai program mobility
pelajar ke Universitas Andalas, Padang, Indonesia pada 14 Mei 2023 sehingga 28 Mei 2023. Pelajar
yang terlibat adalah Pn. Nurfadzilah Bt Madian, Cik Siti Saripa Rabiah Bt Mat Lazim, Cik Dayana
Chong, Cik Kar Mun Zee dan En. Mohd Naim. Delegasi ini telah disambut oleh mahasiswa daripada
Universitas Andalas dan dibawa ke kediaman pelajar antarabangsa di Universitas Andalas.


Program ini merupakan salah satu program yang diberikan oleh kerajaan indonesia kepada universiti
awam yang baru-baru ini bertukar status daripada universiti awam kepada sebuah institusi pengajian
tinggi negeri yang diperbadankan dengan undang-undang. Matlamat program ini adalah untuk
meningkatkan indikator prestasi universiti berdasarkan sasaran yang diberikan oleh Kementerian
Penyelidikan, Teknologi dan Pendidikan Tinggi Republik Indonesia dan meningkatkan keterlihatan
dan pengiktirafan universiti dalam ranking dunia.


Selain daripada pelajar, terdapat juga pensyarah daripada universiti Putra Malaysia, Universiti
Teknologi Mara, dan universiti luar negara seperti Universiti Teknologi Brunei, Universiti Kobe Jepun
dan beberapa universiti lain yang terlibat didalam program ini. Pensyarah yang terlibat akan
ditempatkan mengikut fakulti yang ditetapkan selama 7 hari dan akan digantikan dengan pensyarah
yang tiba pada hari berikutnya. Pensyarah jemputan dan pensyarah daripada fakulti di Universitas
Andalas turut mengadakan sesi perbincangan dan pertukaran maklumat dan kepakaran. Sesi
pembelajaran bersama pelajar Universitas Andalas juga turut diadakan bagi mendedahkan pelajar
kepada teknologi dan aplikasi terkini yang bermanfaat dan terkini.


Pelajar yang terlibat ditempatkan kepada dua fakulti yang berbeza iaitu Puan Nurfadzilah
ditempatkan di Fakultas Teknologi Pertanian, dan selebihnya ditempatkan di Fakultas Pertanian.
Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan mengikut penempatan fakulti yang ditetapkan. Bagi Fakultas
Teknologi Pertanian, aktiviti yang dijalankan termasuklah perbincangan dan pertukaran maklumat
bagi aktiviti penyelidikan, lawatan ke makmal, bengkel pembelajaran dan teknologi terkini bersama
mahasiswa, Rapat terbuka Senat Akademik dan Pimpinan Fakultas Teknologi Pertanian, Program
pengabdian kepada masyarakat di Nagari Gadut, Nagari Kinari, dan Solok Radjo, lawatan ke tempat
sejarah dan menarik di sekitar bandar Padang dan daerah yang terdekat, program stadium general,
sesi pertukaran ilmu bersama mahasiswa Fakultas Teknologi Pertanian dan menyertai makan malam
yang diadakan pada setiap hari Jumaat.


Manakala bagi pelajar yang ditempatkan di Fakultas Pertanian, antara aktiviti yang dijalankan
termasuklah, lawatan ke makmal, perbincangan projek penyelidikan bersama mahasiswa Fakutas
Pertanian Universitas Andalas, program pengabdian di kampung Salibu dan Bukit Karamunting,
lawatan ke tempat bersejarah dan sekitar bandar Padang dan majlis makan malam. Program yang
telah dianjurkan ini, sedikit sebanyak dapat menyediakan pelajar tempatan dan Universitas Andalas,
dari segi akademik dan membentuk satu jalinan kerjasama serantau dari segi perkongsian ilmu dan
teknologi penyelidikan.

Tarikh Input: 29/07/2024 | Kemaskini: 31/08/2024 | sh_najiyah

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Antarabangsa PUTRA (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 3510
-
F, (03:50:12pm-03:55:12pm, 21 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]