TEMPAT UNTUK DILAWATI DI SEKITAR UPM BAHAGIAN DUA | Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
» ARTIKEL » TEMPAT UNTUK DILAWATI DI SEKITAR UPM BAHAGIAN DUA

TEMPAT UNTUK DILAWATI DI SEKITAR UPM BAHAGIAN DUA

Uniputra Kelab Golf 

 

 

Gambar: Kelab Golf Uniputra

 

Kelab Golf UniPutra telah dibina pada tahun 1981, menampilkan 9 lubang di kawasan seluas 80 hektar yang pada mulanya bertujuan untuk kursus pertanian dan pendidikan jasmani. Pada tahun 1994, Kelab dibuka kepada orang ramai dengan tambahan 9 lubang dan rumah kelab.

 

Fakta menarik mengenai Uniputra Kelab Golf:

  • Padang golf terbentang luas sebagai Nine Orchard dan Nine Forest.
  • Nine Orchard dikelilingi dengan pelbagai pokok berbuah (bermusim), dan apabila musim puncak buah-buahan mengeluarkan hasil, bau harum buah-buahan tropika tersebut akan meliputi kawasan padang dan memberi pengalaman semulajadi yang menakjubkan semasa sesi anda bermain golf. Nine Forest pula menggambarkan kehijauan hutan hujan yang bertindak sebagai tunjang kawasan hijau di sekeliling padang golf.

 

Waktu operasi seperti berikut:

Isnin - Ahad

Padang Golf UniPutra 7.30 pagi hingga 6.00 petang
Lapang Pandu UniPutra 7.30 pagi hingga 10.00 malam
UniPutra Terrace 7.30 pagi hingga 10.00 malam
 
 
 

 

Flyboard Malaysia

Gambar: Flyboard di Putrajaya

 

Membimbing dan menjadi tuan rumah kepada lebih daripada 3000 individu dan kumpulan sejak 2014, pasukan yang bersemangat ini menjamin anda pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Flyboard Malaysia mempunyai semua yang anda perlukan untuk mencuba dan mengalami sesuatu yang baharu dan tidak dapat dilupakan. Terletak di Putrajaya, sesiapa sahaja boleh merasai pengalaman menaiki flybaord di tasik buatan manusia dengan harga RM370 yang terpakai untuk pelancong tempatan dan antarabangsa.

 

Waktu operasi seperti berikut:

Isnin hingga Jumaat 9:00 pagi hingga 7:00 malam
Sabtu dan Ahad 9:00 pagi hingga 6:00 petang

 

 

 

 

Tuanku Mizan Zainal Abidin Mosque

 

Gambar: Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin 

 

 

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin merupakan masjid kedua terbesar di Putrajaya selepas Masjid Putra. Ia juga dikenali sebagai Masjid Besi kerana struktur binaanya termasuk warna perak sebagai warna asas. Masjid ini boleh menampung sehingga 24,000 jemaah semasa Solat Jumaat dan Solat semasa perayaan umat Islam. Tiada caj bayaran masuk dikenakan tetapi anda diwajibkan memakai pakaian yang sopan semasa memasuki masjid. Wanita diwajibkan bertudung dan menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Apabila memasuki masjid besi ini, pengunjung akan berasa pengalaman yang sangat menakjubkan kerana struktur senibina silingnya yang luas dan tinggi dengan menggunakan teknologi penyejukan udara yang sangat berbeza daripada Masjid Putra.

 

Waktu pembukaan:

Setiap hari 6:00 pagi hingga 12:00 pagi

 

 

Disediakan oleh:
Ras Afirina Mohd Radzi
(Seksyen Jalinan Global)

 

 

Tarikh Input: 31/07/2022 | Kemaskini: 01/08/2022 | sitiafiqah

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 7972
-
SXDdQAE~