SERDANG, 1 Ogos – Pusat Antarabangsa PUTRA (i-PUTRA) dengan berbesar hati mengalu-alukan kehadiran staf baharu dalam pasukan kami. Selamat datang diucapkan kepada Encik Mohammad Fazran Mohd Fuhad, Cik Umairah Safiah Noor Azmi, Cik Nur Iqra Ahmad Basri, Encik Mohd Mas’ataillah Ismail, dan Encik Badrul Amin Ahmad yang telah dilantik sebagai Pegawai Eksekutif di Seksyen Visa dan Pas, Seksyen Mobiliti, dan Seksyen Pentadiran dan Khidmat Sokongan bermula 1 Ogos 2024.
Berbekalkan latar belakang akademik yang pelbagai, pengalaman luas dan kemahiran unik yang dimiliki mereka menjadikan mereka asset tambahan yang menyokong kecemerlangan organisasi ini. i-PUTRA yakin mereka akan menjadi aset berharga kepada pasukan dan menyumbang secara signifikan kepada kejayaan organisasi ini. i-PUTRA teruja untuk melihat bagaimana kepakaran mereka dapat mempertingkatkan dan mendorong organisasi ini menuju kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.

Tarikh Input: 13/08/2024 | Kemaskini: 31/08/2024 | sh_najiyah

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia