Program 2025 Outbound Staff Sharing Session | Pusat Antarabangsa PUTRA (i-PUTRA)
» BERITA » Program 2025 Outbound Staff Sharing Session

Program 2025 Outbound Staff Sharing Session

 

SERDANG, 22 Mei 2026 – Pusat Antarabangsa PUTRA (i-PUTRA), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan 2025 Outbound Staff Sharing Session pada 22 Mei 2026 bertempat di Bilik Morocco, i-PUTRA. Program ini menghimpunkan warga i-PUTRA bagi berkongsi pengalaman, pengetahuan serta amalan terbaik yang diperoleh oleh kakitangan sepanjang menyertai program mobiliti staf di luar negara.

Sesi perkongsian ini menampilkan empat pembentangan daripada wakil staf yang telah mengikuti program mobiliti ke Kazakhstan, China, Indonesia dan Jepun. Setiap pembentang berkongsi pengalaman berkaitan lawatan akademik, amalan pengantarabangsaan, strategi pengurusan institusi, pembangunan jaringan kerjasama antarabangsa serta budaya kerja yang boleh dijadikan rujukan dalam memperkukuh perkhidmatan dan kecemerlangan i-PUTRA.

Program ini turut menjadi platform bagi menggalakkan budaya perkongsian ilmu dalam kalangan warga i-PUTRA, di samping memberi pendedahan kepada pendekatan dan inovasi yang diamalkan oleh institusi pendidikan tinggi di peringkat antarabangsa. Melalui sesi interaktif yang berlangsung, para Mobiliti Staf yang ke luar negara berpeluang bertukar pandangan serta membincangkan potensi pelaksanaan idea dan amalan terbaik yang bersesuaian dengan konteks Universiti Putra Malaysia.

Penganjuran 2025 Outbound Staff Sharing Session mencerminkan komitmen i-PUTRA dalam memperkasakan pembangunan profesional warga kerja serta menyokong agenda pengantarabangsaan universiti melalui perkongsian pengalaman yang memberi nilai tambah kepada organisasi.

Diharapkan program seumpama ini akan terus menjadi platform yang berkesan dalam memupuk budaya pembelajaran berterusan, memperluas perspektif global dan mengukuhkan lagi kecemerlangan perkhidmatan i-PUTRA sejajar dengan aspirasi Universiti Putra Malaysia untuk menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa.

Tarikh Input: 30/06/2026 | Kemaskini: 30/06/2026 | sofiah

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Antarabangsa PUTRA (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 3510
-
X, (01:43:35am-01:48:35am, 04 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]