I PUTRA Ke Arah Pelaksanaan EKSA | Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
» BERITA » i PUTRA ke Arah Pelaksanaan EKSA

i PUTRA ke Arah Pelaksanaan EKSA

Serdang, Mac 16 – Pusat Antarabangsa (i-PUTRA) telah menerima pelawat dari Bahagian Education Malaysia dalam program sesi libat urus dan dalam masa yang sama telah mengadakan Majlis Pelancaran Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) i-PUTRA.

Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Suhaimi Ab Rahman, Pengarah i-PUTRA. Beliau juga telah memberi taklimat ringkas berkaitan amalan EKSA di i-PUTRA dan berharap agar amalan EKSA dapat dilaksanakan dengan cemerlang di peringkat universiti. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana EKSA PSAS, Puan Noraihan Noordin di dalam ucapannya juga berharap agar amalan EKSA dapat membantu mengurus persekitaran kerja yang kondusif (bersih, kemas dan selamat) disamping meningkatkan kreativiti dan produktiviti warga i-PUTRA.

EKSA juga secara tidak langsung diharap dapat meningkatkan penyampaian perkhidmatan berkesan kepada pelajar antarabangsa amnya dan staf khasnya dengan penghayatan warga i-PUTRA terhadap amalan EKSA bukan sahaja terhadap elemen kebersihan dan kekemasan malahan merangkumi aspek kualiti, inovasi, penjimatan, keselamatan dan produktiviti. Majlis diakhiri dengan memperkenalkan logo EKSA i-PUTRA sebagai simbolik kepada pelancaran EKSA di i-PUTRA.

 

 

Tarikh Input: 31/03/2021 | Kemaskini: 01/04/2021 | sitiafiqah

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 7972
-
SXEbBAS~