I-PUTRA Sertai Program Semarak Merdeka 2024 | Pusat Antarabangsa PUTRA (i-PUTRA)
» BERITA » i-PUTRA Sertai Program Semarak Merdeka 2024

i-PUTRA Sertai Program Semarak Merdeka 2024

SERDANG, 21 Ogos 2024– Bagi menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan warga UPM, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM menganjurkan program Semarak Merdeka 2024 sepanjang bulan Ogos sempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun 2024. Sempena meraikan bulan yang bersejarah dan gemilang ini, Pusat Antarabangsa putra (i-PUTRA) tidak melepaskan peluang menyertai beberapa pertandingan yang dianjurkan.

Prof. Dr. Alyani Ismail, Pengarah i-PUTRA, Prof. Madya Dr. Che Azurahanim Che Abdullah, Timbalan Pengarah i-PUTRA, dan Puan Juliesafarina Mohd Janjang, Setiausaha telah menyertai pertandingan sayembara puisi yang bertemakan Malaysia Madani: Jiwa Merdeka. Ketiga-tiga mereka telah mendeklamasikan puisi nukilan bersama Prof. Dr. Alyani Ismail dan Puan Juliesafarina Mohd Janjang yang bertajuk….. Pada pertandingan kali ini, seramai 48 orang peserta bertanding bagi merebut tempat 10 terbaik dalam kalangan warga UPM. Johan diungguli oleh Muhammad Azim Khairul Amir dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.

Pada 22 Ogos 2024 telah berlangsungnya Pertandingan Koir Inter-PTJ. Sebanyak 21 pasukan koir daripada PTJ dan gabungan PTJ di UPM telah menyertai pertandingan ini. i-PUTRA turut menyertai pertandingan ini dan mendendangkan lagu bertajuk Kitalah Seri Warnakan Malaysia ciptaan Muhammad Syafiq Farhan Boo Omar Boo, Ketua Seksyen Mobiliti i-PUTRA. Pertandingan Koir Inter-PTJ ini dimenangi oleh kumpulan The Ritma yang terdiri daripada staf Hospital Sultan Abdul Aziz Shah yang mendendangkan lagu Sejahtera Malaysia. Selain lontaran suara yang harmoni dan bertenaga, pasukan ini turut menampilkan busana tradisional etnik Iban yang menaikkan semangat seluruh dewan.

Walaupun tidak merangkul sebarang tempat, program ini telah memupuk semangat kerjasama, setiakawan, dan juga telah menyemat semangat patriotisme dalam setiap individu di i-PUTRA. Program ini juga menyatukan pegawai pelbagai lapisan jawatan tanpa perbezaan bukan sahaja di i-PUTRA, malah seluruh PTJ di UPM.

Tarikh Input: 26/08/2024 | Kemaskini: 30/09/2024 | sh_najiyah

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Antarabangsa PUTRA (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 3510
-
W, (10:21:15pm-10:26:15pm, 06 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]