KUNJUNGAN RASMI DARI STAF SANGKUTAN PROGRAM ERASMUS+ | Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
» BERITA » KUNJUNGAN RASMI DARI STAF SANGKUTAN PROGRAM ERASMUS+

KUNJUNGAN RASMI DARI STAF SANGKUTAN PROGRAM ERASMUS+

Khamis, 30 Jun 2022, Pusat Antarabangsa PUTRA (i-PUTRA) mengalu-alukan kedatangan Prof. Dr. Barbara Wieckowska dari SGS Warsaw School of Economics, Poland. Kunjungan beliau ke i-PUTRA diiringi oleh Prof. Dr. Rusmawati Said dari Sekolah Perniagaan Ekonomi selaku host lecturer atau penyelia beliau semasa menjalankan program Erasmus+ di UPM. Turut sama dalam kunjungan ini ialah Prof. D. Suhaimi Ab Rahman, Pengarah Pusat Antarabangsa PUTRA, Puan Noraihan Noordin, Ketua, i-PUTRA dan Puan Ida Suhaila Md Tahir, Ketua, Seksyen Jalinan Global (i-PUTRA) merangkap koordinator program Erasmus+ di UPM.

Sepanjang program Erasmus+ selama 5 hari di UPM, i-PUTRA telah diberi kepercayaan oleh SPE, UPM untuk membawa Prof. Dr. Barbara melawat tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur. Pihak kami telah memilih beberapa tempat menarik untuk dilawati seperti Batu Caves, Kuil Thean Hou, Muzium Negara dan Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC).

Kami memulakan perjalanan seawal jam 9.00 pagi dengan mengambil Prof. Dr. Barbara di Hotel penginapan beliau dan seterusnya menuju ke lokasi pertama iaitu Batu Caves. Memandangkan ini merupakan pengalaman pertama beliau ke Malaysia, jadi kami memberi peluang kepada beliau untuk merasai sendiri pengalaman menaiki 274 anak tangga untuk sampai ke puncak Batu Caves. Beliau sangat teruja melihat dekorasi anak tangga yang berwarna warni dan sesekali terlihat gelagat anak monyet sepanjang menaiki anak tangga.

Selepas itu, kami ke destinasi kedua iaitu Kuil Thean Hou yang terletak di Seputeh, Kuil ini sangat terkenal dengan seni binanya yang merangkumi elemen Buddhisme, Konfusianisme dan Taoisme. Lokasi ini juga merupakan pilihan Prof. Dr. Barbara sendiri kerana salah satu tujuan beliau ke Malaysia adalah untuk melihat budaya masyarakat di Malaysia.

Seterusnya kami ke sempat ke Istana Negara baharu dan berpeluang melihat sendiri pertukaran syif penjaga pintu Istana dan seterusnya ke Muzium Negara untuk melihat sejarah Malaysia bermula dari sebelum kemerdekaan Tanah Melayu termasuk budaya yang terdapat di Malaysia.

Dan lokasi terakhir adalah Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) dimana kami membawa Prof. Dr. Barbara melihat dan merasai sendiri budaya kesenian di Malaysia. Beliau diberi peluang untuk bersama-sama menari di atas pentas bersama penari-penari dari MATIC. Beliau sangat teruja dan gembira dengan pengalaman yang diperolehi sepanjang lawatan sehari di bawah kendalian i-PUTRA.

 

 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 31/07/2022 | Kemaskini: 31/07/2022 | sitiafiqah

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 7972
-
SXETOA5~