

16 April 2026, Khamis – i-PUTRA telah menerima kunjungan rasmi daripada delegasi Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dalam satu sesi lawatan yang berlangsung dari jam 11.00 pagi hingga 1.00 petang.
Lawatan ini melibatkan beberapa wakil daripada Unit Visa dan Pentadbiran UMPSA, antaranya Pengarah Kanan Unit Visa dan Pentadbiran, Puan Ernie Nurazlin binti Lizam; Penolong Pendaftar Unit Visa dan Pentadbiran, Encik Muhammad Zufli bin Zuhari; serta Pembantu Tadbir Unit Visa dan Pentadbiran, Puan Ismalina binti Mohd Isah dan Cik Tuan Nabilah binti Tuan Azhari.
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk menjalankan penanda aras (benchmark) berkaitan pengurusan visa dan pas di i-PUTRA. Sesi ini turut membuka ruang perkongsian ilmu, pengalaman serta amalan terbaik antara kedua-dua pihak dalam usaha meningkatkan kecekapan dan kualiti perkhidmatan.
Sepanjang lawatan, delegasi UMPSA telah diberi taklimat mengenai proses kerja, sistem pengurusan serta prosedur berkaitan visa dan pas yang diamalkan di i-PUTRA. Lawatan ini diharapkan dapat memperkukuhkan hubungan kerjasama strategik serta memberi manfaat kepada kedua-dua institusi pada masa hadapan.
Tarikh Input: 22/04/2026 | Kemaskini: 30/06/2026 | sofiah

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia