Pekerja Ohsem Organisasi Hebat | Pusat Antarabangsa PUTRA (i-PUTRA)
» BERITA » Pekerja Ohsem Organisasi Hebat

Pekerja Ohsem Organisasi Hebat

SERDANG, 9 Ogos – Kelab Kebajikan Warga i-PUTRA (KKWIP) telah menganjurkan satu sesi bersama kaunselor yang bertajuk Pekerja Ohsem Organisasi Hebat. Matlamat utama penganjuran sesi ini adalah untuk memantapkan kesejahteraan mental dan meningkatkan motivasi pekerja di tempat kerja. Encik Mohd Redzuan Zamberi, Ketua Seksyen Kesihatan Mental, Bahagian Kaunseling UPM telah dijemput sebagai penceramah.

Program ini berlangsung selama satu jam bertempat di Bilik Morocco, i-PUTRA dan telah dihadiri oleh semua pegawai dan staf i-PUTRA. Selama sesi ini berlangsung, pelbagai pengisian yang bermanfaat telah dikongsikan bersama staf i-PUTRA. Antaranya ialah kepentingan kesihatan mental, pengurusan masa, kepentingan adab, dan pekerjaan dan perkahwinan. Sepanjang sesi ini juga, staf dapat memahami kepentingan keseimbangan kerja dan kehidupan, serta bagaimana staf boleh menjadi lebih proaktif dan seronok bekerja di organisasi.

Encik Mohd Redzuan merupakan seorang yang pakar dalam bidang psikologi organisasi dan kaunseling, turut berkongsi tips menguruskan tekanan, motivasi diri dan pengurusan masa. Beliau turut menekankan kepentingan adab dan memetik kata beliau “adab membuatkan kita dihormati, ilmu hanya membuatkan kita pandai”. Beliau menegaskan adab dan ilmu seharusnya seiring supaya dihormati dan dipandang tinggi.

Sesi yang singkat ini penuh dengan input yang bermanfaat untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Penganjuran sesi seperti ini dijangka akan menjadi program bulanan anjuran KKWIP dalam usaha untuk membina budaya kerja yang sihat dan harmoni dalam organisasi.

 

 

 

Tarikh Input: 31/08/2024 | Kemaskini: 31/08/2024 | sh_najiyah

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Antarabangsa PUTRA (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 3510
-
W, (02:05:42am-02:10:42am, 15 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]