PERTEMUAN DENGAN PENGASAS BERSAMA ASIA EXCHANGE | Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
» BERITA » PERTEMUAN DENGAN PENGASAS BERSAMA ASIA EXCHANGE

PERTEMUAN DENGAN PENGASAS BERSAMA ASIA EXCHANGE

Isnin, 18 Julai 2022 - satu mesyuarat telah diadakan dengan rakan kerjasama jangka panjang diantara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Asia Exchange (AE). Mesyuarat itu dihadiri oleh pengasas bersama AE Mr. Tuomas Kauppinen yang kini bertugas di Hong Kong dan beliau juga aktif mengadakan lawatan rasmi bersama rakan kerjasama dan Finland.

Semasa perbincangan ini, i-PUTRA dan AE telah membincangkan mengenai proses pengambilan pelajar baharu dimana AE sangat komited untuk membawa lebih ramai pelajar dari benua Eropah dan mengalu-alukan mereka ke kampus hijau kami. AE adalah rakan kongsi UPM yang paling aktif sejak 2013 dalam telah membawa masuk pelajar mobiliti yang cemerlang dari Eropah. AE terdiri daripada pasukan multinasional yang berpangkalan di Bali, Hong Kong dan Finland.

Oleh kerana UPM adalah salah satu universiti terkemuka di Malaysia, adalah penting untuk mewujudkan persekitaran pengajian yang ideal untuk pelajar antarabangsa. Keunikan cuaca tropika dan kos sara hidup yang berpatutan akan menjadi bonus bagi pelajar antarabangsa untuk belajar di sini.

UPM diberi penghormatan untuk menjadi salah satu universiti di bawah rakan kongsi AE untuk program pertukaran pelajar. Ia juga memberi manfaat kepada pelajar dari Eropah dan Amerika Syarikat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Asia melalui program pertukaran pelajar dengan bekerjasama dengan AE. Diharapkan UPM berupaya menjadi salah satu universiti terkemuka di mana pelajar dari Eropah dan Amerika Syarikat berminat untuk menjalankan program pertukaran pelajar disini.

 

Gambar: (Dari kiri) Puan Noraihan Noordin, Mr. Tuomas Kauppinen dan Cik Nadia Zawani

Tarikh Input: 31/07/2022 | Kemaskini: 31/07/2022 | sitiafiqah

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 7972
-
SXDdXA7~