PROGRAM IBADAH KORBAN I-PUTRA 1443H DENGAN KERJASAMA EZ QURBAN SDN. BHD | Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
» BERITA » PROGRAM IBADAH KORBAN I-PUTRA 1443H DENGAN KERJASAMA EZ QURBAN SDN. BHD

PROGRAM IBADAH KORBAN I-PUTRA 1443H DENGAN KERJASAMA EZ QURBAN SDN. BHD

Selasa, 12 Julai 2022 -  Kemeriahan Aidiladha telah dirasai oleh seluruh warga Muslim di seluruh dunia. Untuk mengambil keberkatan sempena hari raya ini, Pusat Antarabangsa bersama dengan EZ Qurban Sdn. Bhd telah mengadakan Program Ibadah Korban. Program ini merupakan program terbesar di Pusat Antarabangsa yang melibatkan seratus orang untuk menjayakan program ini.

 

Sebanyak 15 ekor lembu telah dikorban untuk diberi kepada kumpulan pelajar asnaf, pelajar antarabangsa, komuniti serdang serta petugas dari jam 11:00 sehingga 4:00 petang.

 

Kira-kira 26 orang dari i-Putra, seramai enam orang dari Sekolah Pengajian Siswazah, Bahagian Akademik, Fakulti Kejuruteraan, empat orang tentera dari MinDef, pelajar antarabangsa, dan sukarelawan yang lain yang terdiri daripada keluarga staf i-Putra.

 

Acara tersebut bermula dari jam 7:00pagi. Setiap orang telah dibahagikan tugas seperti kumpulan memapah, kumpulan merewang, kumpulan membungkus daging korban, kumpulan agihan yang berlaku secara serentak. Acara qurban diserikan lagi dengan makanan yang dimasakan oleh kumpulan rewang dari makan pagi sehingga ke petang.

 

‘Alhamdulilah program i-Putra pada kali ini sangatlah meriah walaupun ini merupakan pertama kali dalam sejarah i-Putra menerima sebanyak 15 ekor lembu untuk diberikan kepada orang yang layak. Mungkin ada kekilafan pada hari ini tapi inilah pengalaman yang terbaik untuk mempelajari erti korban sambil mengeratkan hubungan di i-Putra.’ Encik Abdul Razif Razak, ketua program.

 

Tarikh Input: 31/07/2022 | Kemaskini: 31/07/2022 | sitiafiqah

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 7972
-
SXEXOAM~