SEPAKAT MEMBANTU MANGSA BANJIR | Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
» BERITA » SEPAKAT MEMBANTU MANGSA BANJIR

SEPAKAT MEMBANTU MANGSA BANJIR

SEPAKAT MEMBANTU MANGSA BANJIR

 

BENTONG – Tiga pusat tanggungjawab bersama dua Non-Profit Organization (NGO) sepakat membantu mangsa banjir di Bentong.  Pusat Antarabangsa PUTRA, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar dan Bahgian Hal Ehwal Pelajar telah bekerjasama dengan Sahabat Infaq Malaysia dan Khabar Bentong telah sepakat memberi bantuan misi banjir di beberapa kawasan Bentong.

Permulaan tahun baru pada 2 Januari 2022 seramai 107 sukarelawan daripada Universiti Putra Malaysia telah membantu operasi pembersihan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bentong dan Sekolah Kebangsaan Tuanku Fatimah.   Dalam misi ini, terdapat penglibatan 24 pelajar antarabangsa bersama 57 pelajar tempatan serta 26 staf UPM telah membantu pihak sekolah dalam aktiviti pembersihan. Misi ini telah memberi pendedahan pengalaman kepada pelajar antarabangsa dan tempatan terutamanya dalam aspek memberi bantuan secara sukarela.

Pihak NGO telah membantu dalam pemberian sumbangan makanan serta pemberian barangan seperti Al-Quran sumbangan dari Nasyrul Quran Putrajaya, air, pakaian, selimut, makanan kucing dan lain-lain.   Pusat Antarabangsa PUTRA turut tidak ketinggalan dengan mengedarkan sumbagan di kawasan sekitar seperti bantal dan tilam.

Keseluruhan lokasi pengedaran barangan sumbangan selain sekolah adalah di Taman Chegar Medang, Surau Kampung Benus, Masjid Kampung Bukit Piatu dan Kampung Teroh, Karak. 

 

 

 Disediakan oleh: Puan Noraihan Noordin (Ketua, Pusat Antarabangsa PUTRA)

Tarikh Input: 31/01/2022 | Kemaskini: 31/01/2022 | sitiafiqah

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 7972
-
SXEUCAA~