SERDANG, 23 Julai 2024– Universiti Putra Malaysia (UPM) berbesar hati menerima kunjungan daripada Norxin International Science and Technology Cooperation Base, China. Delegasi ini diketuai oleh Dr. Gang Guo, Ketua Pengarah Norxin International Science and Technology Cooperation Base.
Program bermula pada pukul 9:00 pagi dengan ucapan pembukaan dari Prof. Madya Dr. Che Azurahanim Che Abdullah, Timbalan Pengarah Pusat Antarabangsa PUTRA (i-PUTRA). Dalam ucapannya Dr. Che Azurahanim berkata “saya percaya bahawa kita semua berkongsi matlamat yang sama untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan, mempromosikan pendidikan kesihatan, dan menjalankan penyelidikan yang memanfaatkan kesejahteraan rakyat”.
Dr. Gang Guo, yang mewakili Norxin International Science and Technology Cooperation Base, menekankan kepentingan sinergi antara organisasi mereka dengan inisiatif yang sedang dijalankan oleh UPM. Sesi perbincangan ini kemudiannya disambung dengan pembentangan ringkas tentang Malaysia dan UPM, memberikan gambaran kepada delegasi ini tentang peranan UPM dalam landskap pendidikan nasional dan global. Norxin International Science and Technology Cooperation Base juga kemudiannya mengambil peluang untuk memperkenalkan secara ringkas mengenai operasi Norxin International Science and Technology Cooperation Base melalui video korporat mereka. Seterusnya, program diteruskan dengan pengenalan kepada Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) di mana delegasi ini diberi penerangan tentang fungsi utama hospital dan sumbangannya kepada kesihatan awam.
Dr. Muhammad Zaid Abu Bakar, Pegawai Perubatan dari Unit Kesihatan Awam HSAAS, turut menyampaikan pembentangan mengenai landskap kesihatan awam khususnya di HSAAS dan turut memberi pandangan mengenai cabaran dan kemajuan dalam bidang tersebut. Turut hadir semasa sesi berlangsung ialah Prof. Madya Dr. Anita Abdul Rahman, Ketua Unit Kesihatan Awam, HSSAAS. Kemudian, kedua-dua pihak bertukar pandangan dan idea mengenai situasi semasa kesihatan awam di kedua-dua negara. Delegasi tersebut kemudiannya dibawa melawat ke fasiliti HSAAS dan melihat sendiri kemudahan dan usaha penyelidikan hospital tersebut.
Pada sebebelah petang, delegasi ini dibawa melawat sekitar kampus yang mempotretkan suasana kampus yang hijau, kepelbagaian latar belakang pelajar, dan kemudahan yang tersedia di UPM. Mereka dibawa ke Muzium Warisan Melayu yang terletak di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Di sini mereka didedahkan dengan adat dan budaya Melayu. Kunjungan hormat daripada Norxin International Science and Technology Cooperation Base ini platform untuk merapatkan dan memupuk hubungan antarabangsa serta memajukan pengetahuan dalam pelbagai disiplin antara dua institusi.


Tarikh Input: 29/07/2024 | Kemaskini: 30/09/2024 | sh_najiyah

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia