Seksyen Visa dan Pas membantu para pelajar dan ekspatriat untuk memohon visa dan pas dari wakil yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran Tinggi (KPT), iaitu Education Malaysia Global Services (EMGS), dan Jabatan Imigresen Malaysia. Seksyen ini mengendalikan perkhidmatan penyampaian informasi dan perkhidmatan kaunter untuk memudahkan pematuhan terhadap keperluan imigresen dan MoHE untuk pelajar sepenuh masa dan mobiliti serta kakitangan antarabangsa universiti. Bahagian ini juga membantu dan memberi nasihat mengenai keperluan imigresen keluarga tanggungan.
Skop:
Menguruskan permohonan visa dan pas pelajar, staf serta tanggungan antarabangsa.
Berurusan dengan pihak Education Malaysia Global Services (EMGS) dan Jabatan Imegresen Malaysia (JIM).
Menguruskan maklumbalas kepuasan pelanggan.
Menguruskan permohonan Visa Approval Letter (VAL).