GreenMetrics 1 St International Student Leadership Meeting | PUTRA International Centre (i-PUTRA)
» ARTICLE » GreenMetrics 1 st International Student Leadership Meeting

GreenMetrics 1 st International Student Leadership Meeting

Disediakan Oleh : Abdullah bin Ahmad Farid
Program : The 1st International Student Leader Meeting

 

Program ini merupakan program yang pertama kalinya dianjurkan oleh UI
Greenmetrics bagi menyediakan sebuah wadah untuk pelajar berkepimpinan dari
pelbagai pelosok dunia, bagi membincangkan isu-isu berkaitan kemampanan
(sustainability) dalam pembangunan university. Ia berlanjutan selama 4 hari (21-
24/11/2022), dan ditanggung sepenuhnya oleh Universitas Diponegoro termasuk
penginapan, pemakanan, dan perjalanan tempatan. Pada 21 dan 22 November,
program dijalankan di Merapi Ballroom, Novotel Hotel, Semarang, Jawa Tengah,
Indonesia, manakala pada 23 November, program berlangsung di Marine Science
Techno Park, Jepara, Jawa Tengah, Indonesia. Selaku delegasi dari Universiti Putra
Malaysia (UPM), saya, Abdullah bin Ahmad Farid, Muhammad Zarif Ilyasa bin Mohd
Zamil dan Muhammad Amirul Hakimi bin Nor Hafeizzal telah menghadiri kesemua
slot yang dilaksana selama program ini berlangsung, sambil menampilkan ciri-ciri
pemimpin pelajar yang berketerampilan.

 


Melalui sesi bersama Ibu Titik Inas, kami telah didedahkan tentang usaha negara
Indonesia dalam memulihkan ekonomi negara pasca pandemik covid 19. Ini
menunjukkan daya tahan negara menghadapi cabaran peringkat global. Antara
usaha-usaha yang boleh diterap oleh pelajar dari sesi ini adalah dengan mencadang
implementasi polisi-polisi baharu kepada kerajaan melalui saluran yang betul, dan
meningkatkan pengetahuan dalam policy-making bagi menghadapi kemelesetan
ekonomi global. Rumusan dari slot ini adalah mitigasi dan adaptasi pandemik dan
perubahan iklim ialah hasil pentadbiran yang cekap, dan ini juga merupakan refleksi
sesebuah kerajaan terhadap merealisasikan aspirasi Sustainable Development
Goals menjelang 2030.

 


Seterusnya, menerusi slot Renewable Energy for Sustainable Universities bersama
Dyah Roro Esti, dirumuskan bahawa Krisis Iklim yang kian dialami seantero dunia
akan mengakibatkan kerugian kewangan. Antara usaha negara Indonesia bagi
menangani masalah ini ialah dengan mengaplikasikan Low Carbon Development
Initiatives (LLCDI). Melalui usaha ini, Indonesia telah mengurangkan pencemaran air
dan udara, dan telah menyelamatkan 40,000 nyawa dalam proses tersebut. Selain
itu, pelepasan Green House Gas (GHG) juga telah berkurang sebanyak 43%.

 

Melalui conference G20 summit yang berlangsung di Bali Indonesia tahun ini, dalam
sektor Tenaga, Indonesia akan menerima 20 billion usd hasil kerjasama Just Energy
Transition Partnership (JETP). Indonesia juga komited terhadap Asia Zero Emission
Community (AZEC), sebagai strategi untuk mengurangi pelepasan Greenhouse Gas
(GHG).

 

Dari slot Focused Group Discussion (FGD) pula, saya selaku delegasi Malaysia
telah berbincang bersama delegasi daripada negara lain tentang infrastruktur negara
dan universiti. Hasil perbincangan kami, terdapat banyak ruang untuk diperbaiki
khususnya dari segi pengangkutan, penggunaan tenaga dan juga ruang awam.
Turut hadir dalam perbincangan tersebut adalah delegasi dari negara Indonesia,
Thailand, Madagascar, Uzbekistan dan Perancis.

 


Selepas itu, kesemua delegasi diundang untuk slot International Youth Declaration
on Sustainability dimana kami telah mengangkat sumpah untuk mengamalkan gaya
hidup yang mampan, dan juga mengaplikasikan kepada universiti kami. Slot yang
dianjurkan kemudiannya ialah persembahan seni dimana kesemua delegasi
dipersembahkan dengan koir, muzik, lakonan teater dan juga pertunjukan fesyen
oleh pelajar tempatan Universitas Diponegoro sambil dijuadahkan makan malam.
Daripada slot ini, dapat dilihat bahawa negara Indonesia meraikan pelbagai bentuk
kesenian, dan juga mempunyai kumpulan bakat yang kaya dengan kemahiran
berseni.

 


Keesokan harinya, kesemua delegasi berangkat ke Jepara bagi mengikuti slot
pengesanan pokok bakau, mempelajari pusat ternakan udang yang mampan,
tanaman pokok bakau, dan juga membersihkan pantai.

 


Kesimpulan yang saya dapat daripada program ini, tidak semua negara mampu
untuk mengamalkan sebenar-benarnya pembangunan yang mampan (Sustainable
Development Goals, SDG). Negara yang mempunyai ekonomi yang kukuh dan
kestabilan politik lebih mudah untuk melaksanakan agenda tersebut, apatah lagi
dalam fasa transisi pasca pandemik covid-19. Walaupun begitu, selaku pelajar di
universiti, kita haruslah menjalankan tanggungjawab kita dalam agenda
pembangunan mampan dengan mengadvokasi gaya hidup ini di peringkat universiti
dan masyarakat setempat.

 

Date of Input: 29/04/2024 | Updated: 31/08/2024 | sh_najiyah

MEDIA SHARING

PUTRA International Centre (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 3510
-
X, (03:44:07am-03:49:07am, 14 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]