
INFO INTEGRITI BIL.10/2025 - TANGGUNGJAWAB UNTUK MEREKOD KEHADIRAN DAN MEMBUAT PEMANTAUAN KEHADIRAN
Saya ingin menarik perhatian dan mengingatkan diri saya dan warga Universiti Putra Malaysia (UPM) berkaitan tanggungjawab untuk merekod kehadiran dan membuat pemantauan kehadiran. Semua pekerja UPM diingatkan untuk merekod kehadiran bekerja masing-masing berdasarkan ketetapan berikut:
Perlu merakam kehadiran masuk dan keluar setiap hari di Sistem Perakam Waktu. Kelonggaran hanya diberikan terhadap salah satu rakaman kehadiran sama ada masuk atau keluar perlu menggunakan rangkaian internet UPM dan memenuhi rekod 45 jam seminggu bersamaan sembilan (9) jam tempoh waktu bekerja.
Merekod kehadiran seperti biasa setiap hari menggunakan rangkaian UPM berdasarkan Waktu Bekerja Fleksi (WBF). WBF merupakan masa bekerja yang luwes yang mana pegawai diberi keluwesan untuk hadir bekerja dalam tempoh waktu masuk dan waktu pulang yang ditetapkan dengan syarat memenuhi tempoh waktu bekerja sehari seperti berikut:
|
Hari |
Waktu Masuk (pagi) |
Waktu Pulang (petang) |
Tempoh Waktu Bekerja Sehari |
Waktu Rehat |
|
Isnin - Jumaat |
7:30 – 9:00 |
4:30 – 6:00 |
9 jam |
Isnin – Khamis 1:00 tgh – 2:00 ptg
Jumaat 12:15 tgh – 2:45 ptg |
Sehubungan itu, Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab membuat pemantauan menerusi Mesyuarat Pengurusan bagi memastikan kaedah pelaksanaan ini dijalankan mengikut peraturan yang berkuat kuasa. Kegagalan Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ), Ketua Jabatan dan Penyelia membuat pemantauan kehadiran pekerja adalah merupakan pelanggaran tatakelakuan di bawah Peraturan 21, Akta 605.
Semoga perkara ini mendapat makluman dan perhatian serius daripada YBhg. Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan.
Updated:: 14/10/2025 [mohd_ismail]

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia