INFO INTEGRITI BIL.14/2025 | PUTRA International Centre (i-PUTRA)
» ABOUT US » INTEGRITY INFORMATION » INFO INTEGRITI BIL.14/2025

INFO INTEGRITI BIL.14/2025

 

INFO INTEGRITI BIL.14/2025 - KEGAGALAN MELAPORKAN RASUAH ADALAH SATU KESALAHAN

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.   Saya ingin menarik perhatian dan mengingatkan diri saya dan warga Universiti Putra Malaysia (UPM) mengenai kewajiban melaporkan tawaran/ pemberian atau permintaan suapan di bawah Seksyen 25, Akta SPRM 2009. Kegagalan melapor rasuah boleh menyebabkan anda didenda tidak lebih RM100,000.00 atau dipenjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Laporan/ aduan yang dikemukakan perlu mempunyai maklumat seperti berikut:

i.   Identiti orang yang terlibat;

ii.  Tarikh, masa dan tempat rasuah berlaku;

iii.  Bentuk dan nilai rasuah;

iv.  Saksi lain yang mengetahui/ melihat kejadian yang berlaku;

v.   Apa-apa dokumen/ maklumat yang difikirkan boleh membantu siasatan; dan

vi.  Tujuan rasuah diberikan atau diterima.

 

3.   Sehubungan itu, semua warga UPM diingatkan agar sentiasa berhati-hati dan melaporkan tawaran/ pemberian atau permintaan suapan serta bersama-sama membanteras jenayah rasuah.

Updated:: 12/11/2025 [mohd_ismail]

MEDIA SHARING

PUTRA International Centre (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 3510
-
F, (11:07:24am-11:12:24am, 15 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]