INFO INTEGRITI BIL.11/2025 | PUTRA International Centre (i-PUTRA)
» ABOUT US » INTEGRITY INFORMATION » INFO INTEGRITI BIL.11/2025

INFO INTEGRITI BIL.11/2025

 

INFO INTEGRITI BIL.11/2025 - TOLERANSI SIFAR TERHADAP GANGGUAN SEKSUAL

Saya ingin menarik perhatian dan mengingatkan diri saya dan warga Universiti Putra Malaysia (UPM) bahawa UPM komited menyediakan persekitaran dalam kampus yang selamat dan sejahtera kepada warga UPM dan tidak akan bertolerasi terhadap gangguan seksual.

Sehubungan itu, gangguan seksual, sama ada secara lisan, bukan lisan, visual (media digital), fizikal atau psikologi, adalah perbuatan yang melanggar undang-undang dan nilai murni serta etika kerja UPM. Sekiranya seseorang pegawai menyebut kata-kata lucah atau membawa kepada gangguan kesantunan seseorang, pegawai tersebut boleh disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan. Seks yen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima (5) tahun atau dengan denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan

Pihak Pengurusan PTJ yang menerima aduan/ laporan gangguan seksual hendaklah mengambil tindakan seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan Pengendalian Kes Gangguan Seksual di UPM. Pegawai UPM hendaklah menghormati hak dan maruah warga kampus. Laporkan jika anda menjadi mangsa atau saksi kepada Bahagian Governan dan Integriti, Pejabat Pendaftar, UPM.

Semoga perkara ini mendapat makluman dan perhatian serius daripada YBhg. Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan.

Updated:: 14/10/2025 [mohd_ismail]

MEDIA SHARING

PUTRA International Centre (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 3510
-
F, (03:02:04pm-03:07:04pm, 11 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]