Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
YBhg. Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
INFO INTEGRITI BIL.2/2026 - PENGHAYATAN INTEGRITI SEMPENA BULAN RAMADAN
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa sempena kedatangan bulan Ramadan yang penuh keberkatan, seluruh warga UPM diseru agar terus menghayati dan memperkukuh nilai integriti dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab harian.
3. Bulan Ramadan bukan sahaja bulan ibadah dan penghayatan rohani, malah merupakan ruang muhasabah diri untuk meningkatkan kejujuran, amanah, disiplin serta keikhlasan dalam perkhidmatan. Setiap amanah yang dipikul hendaklah dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, mematuhi peraturan dan menjauhi sebarang bentuk salah laku, selaras dengan prinsip tadbir urus yang baik serta nilai murni universiti.
4. Sehubungan itu, marilah kita bersama-sama menjadikan Ramadan sebagai pemangkin kepada pembudayaan integriti yang berterusan demi memelihara reputasi, maruah dan kecemerlangan Universiti Putra Malaysia.
Sekian, terima kasih dan selamat menjalani ibadah puasa.

Updated:: 09/03/2026 [mohd_ismail]

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia