
INFO INTEGRITI BIL.12/2025 - DILARANG BERKONGSI KANDUNGAN LUCAH DI MEDIA SOSIAL
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
Saya ingin menarik perhatian dan mengingatkan diri saya dan warga Universiti Putra Malaysia (UPM) berkaitan larangan berkongsi kandungan lucah di media sosial. Perbuatan berkongsi kandungan lucah melalui media sosial adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 211, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang menyatakan larangan terhadap penyebaran kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam, atau jelik melampau, melalui mana-mana perkhidmatan rangkaian, dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut, atau mengganggu mana-mana orang. Sekiranya disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000.000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak meleb ihi satu (1) tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000.00 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu diteruskan selepas disabitkan.
Sehubungan itu, semua warga UPM diingatkan agar sentiasa berhati-hati dan bertanggungjawab mengenai kandungan yang hendak dikongsikan di media sosial. UPM komited memupuk budaya berintegriti dan beretika dalam penggunaan media sosial.
Semoga perkara ini mendapat makluman dan perhatian serius daripada YBhg. Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan.
Updated:: 11/11/2025 [mohd_ismail]

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia