INFO INTEGRITI BIL.3/2025 | PUTRA International Centre (i-PUTRA)
» ABOUT US » INTEGRITY INFORMATION » INFO INTEGRITI BIL.3/2025

INFO INTEGRITI BIL.3/2025

 

INFO INTEGRITI BIL.3/2025 - LAPORKAN ADUAN INTEGRITI

Saya ingin menarik perhatian dan mengingatkan diri saya dan warga Universiti Putra Malaysia (UPM) tentang tanggungjawab dan kewajipan untuk melaporkan aduan integriti. Aduan integriti merujuk kepada aduan salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan, termasuk undang-undang atau peraturan yang berkuat kuasa.

Sehubungan itu, sebarang pelanggaran tatakelakuan dan etika akademik oleh pekerja UPM seperti rasuah, tuntutan palsu, penyelewengan, salah guna kuasa, gangguan seksual, plagiat dan penipuan/ pemalsuan/ perekaan data/ maklumat boleh dilaporkan melalui empat (4) saluran aduan integriti seperti berikut:

  • Link Aduan :

https://pendaftar.upm.edu.my/perkhidmatan/perkhidmatan_bahagian_governan_dan_integriti/aduan-76529

  •  E-mel :

aduan.integriti@upm.edu.my

  • Surat/ Bersemuka :

Bahagian Governan dan Integriti

Tingkat 4, Bangunan Canselori Putra, Universiti Putra Malaysia

43400 UPM Serdang, Selangor

  • Sistem U-Respons UPM (sistem seliaan PSPK) :

https://u-respons.upm.edu.my

Nota : Aduan berkenaan pelanggaran tatakelakuan dan etika akademik oleh pekerja UPM adalah di bawah tanggungjawab Bahagian Governan dan Integriti, manakala aduan pelanggaran tatakelakuan oleh pelajar UPM adalah di bawah tanggungjawab Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.

Semoga perkara ini mendapat makluman dan perhatian serius daripada YBhg. Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan.

Updated:: 14/10/2025 [mohd_ismail]

MEDIA SHARING

PUTRA International Centre (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 3510
-
S, (10:37:36pm-10:42:36pm, 14 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]