INFO INTEGRITI BIL.8/2025 | PUTRA International Centre (i-PUTRA)
» ABOUT US » INTEGRITY INFORMATION » INFO INTEGRITI BIL.8/2025

INFO INTEGRITI BIL.8/2025

 

INFO INTEGRITI BIL.8/2025 - JANGAN SALAH GUNA KUASA

Saya ingin menarik perhatian dan mengingatkan diri saya dan warga Universiti Putra Malaysia (UPM) agar tidak menyalahgunakan kedudukan dan jawatan yang diamanahkan untuk kepentingan peribadi. Merujuk kepada Peraturan 3(2)(c)(ii), Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) [Akta 605] menyatakan “Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa dia telah menggunakan kedudukannya sebagai seorang pegawai badan berkanun”.

Sehubungan itu, penyalahgunaan kuasa juga merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 23, Akta SPRM 2009 yang meny atakan seperti berikut:

“Pegawai Badan Awam atau anggota Pentadbiran kerajaan menggunakan kedudukannya dalam membuat keputusan atau mengambil apa-apa tindakan berhubung dengan sesuatu perkara di mana dia, saudara atau sekutunya mempunyai kepentingan”.

 

Jika disabitkan kesalahan :

(a)      Dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun;

(b)      Didenda tidak kurang daripada lima (5) kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000.00 mengikut mana yang lebih tinggi.

Semoga perkara ini mendapat makluman dan perhatian serius daripada YBhg. Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan.

Updated:: 14/10/2025 [mohd_ismail]

MEDIA SHARING

PUTRA International Centre (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 3510
-
F, (03:02:04pm-03:07:04pm, 11 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]