INTEGRITY INFO NO.5/2026 | PUTRA International Centre (i-PUTRA)
» ABOUT US » INTEGRITY INFORMATION » INTEGRITY INFO NO.5/2026

INTEGRITY INFO NO.5/2026

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.   Saya ingin menarik perhatian dan mengingatkan diri saya dan warga Universiti Putra Malaysia (UPM) bahawa Universiti Putra Malaysia sentiasa menitikberatkan aspek integriti, tatakelakuan dan etika kerja sebagai asas kepada perkhidmatan yang profesional, berwibawa dan berakauntabiliti.

3.   Sehubungan itu, seluruh warga UPM diingatkan agar sentiasa menjaga tatakelakuan dalam menjalankan tugas, termasuk mematuhi peraturan dan prosedur yang ditetapkan, mengamalkan sikap berdisiplin, berhemah serta mengelakkan sebarang perbuatan yang boleh menimbulkan persepsi negatif atau menjejaskan imej universiti.

4.   Tatakelakuan yang baik mencerminkan nilai peribadi dan profesionalisme warga kerja, sekali gus menyumbang ke pada persekitaran kerja yang harmoni, saling menghormati dan berintegriti. Setiap warga UPM bertanggungjawab untuk memastikan tingkah laku dan tindakan yang diambil sentiasa selaras dengan nilai murni serta prinsip tadbir urus yang baik. Marilah kita bersama-sama memperkukuh budaya kerja beretika demi memelihara maruah, reputasi dan kecemerlangan Universiti Putra Malaysia.

Semoga perkara ini mendapat makluman dan perhatian serius daripada YBhg. Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan.

Sekian, terima kasih.

Updated:: 15/07/2026 [mohd_ismail]

MEDIA SHARING

PUTRA International Centre (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 3510
-
X, (10:02:22am-10:07:22am, 17 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]