INFO INTEGRITI BIL.7/2025 | PUTRA International Centre (i-PUTRA)
» ABOUT US » INTEGRITY INFORMATION » INFO INTEGRITI BIL.7/2025

INFO INTEGRITI BIL.7/2025

 

INFO INTEGRITI BIL.7/2025 - KEPERLUAN UNTUK MENDAPATKAN KELULUSAN NAIB CANSELOR BAGI PENERIMAAN TAJAAN

Saya ingin menarik perhatian dan mengingatkan diri saya dan warga Universiti Putra Malaysia (UPM) berkaitan keperluan untuk mendapatkan kelulusan Naib Canselor bagi penerimaan tajaan. Merujuk kepada Perkara 33, Pekeliling Perhidmatan UPM Tahun 2025: Pengurusan Penerimaan atau Pemberian Hadiah, Keraian dan Tajaan, pegawai UPM boleh menerima sesuatu tajaan daripada pihak luar bagi tujuan menghadiri persidangan, kursus dan penyelidikan setelah terlebih dahulu mendapat kelulusan Naib Canselor dan tajaan tersebut dibuat atas urusan rasmi untuk kepentingan UPM.

 

Walau bagaimanapun, berdasarkan maklum balas yang diterima daripada PTJ di UPM, pelaksanaan perkara ini agak menyukarkan pelaksanaan proses kerja di PTJ memandangkan sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi, UPM sering terlibat dengan pelbagai persidangan, kursus dan penyelidikan di dalam dan luar negara. Sehubungan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola (JTK) Peringkat UPM pada 22 April 2025 telah meluluskan pengecualian pengisian Borang Lampiran B kepada tajaan daripada agensi awam/ Kerajaan / Institusi Pengajian Tinggi/ Yayasan/ Lembaga/ Pertubuhan atau mana-mana entiti yang ditubuhkan bukan untuk keuntungan atau mendapatkan keuntungan dan tidak akan terlibat dengan mana-mana proses pembelian/ perolehan di UPM.

Sehubungan itu, keperluan kelulusan Naib Canselor melalui Borang Lampiran B untuk penerimaan tajaan adalah seperti berikut:

 

Bil.

Perkara

Kelulusan Naib Canselor

1.

Tajaan daripada pihak penganjur program atau pihak ketiga seperti syarikat/ industri/ organisasi swasta

 

√ (Perlu)

2.

Tajaan daripada pihak penganjur yang merupakan agensi/ organisasi Kerajaan/ Awam/ Badan Berkanun

 

X (Tidak Perlu)

3.

Tajaan daripada pihak penganjur institusi pengajian tinggi sama ada dalam atau luar negara

 

X (Tidak Perlu)

4.

Tajaan daripada pihak penganjur yang merupakan ejen kepada institusi pengajian tinggi sama ada dalam atau luar negara

√ (Perlu)

5.

Tajaan daripada organisasi yang telah mempunyai kerjasama dengan UPM (contohnya ada MoU)

 

X (Tidak Perlu)

6.

Tajaan daripada pihak penganjur yang merupakan Yayasan/ Lembaga/ Pertubuhan atau mana-mana entiti yang ditubuhkan bukan untuk keuntungan atau mendapatkan keuntungan dan tidak akan terlibat dengan mana-mana proses pembelian/ perolehan di UPM

X (Tidak Perlu)

 

Semoga perkara ini mendapat makluman dan perhatian serius daripada YBhg. Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan.

Updated:: 14/10/2025 [mohd_ismail]

MEDIA SHARING

PUTRA International Centre (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 3510
-
S, (06:55:21pm-07:00:21pm, 12 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]