INFO INTEGRITI BIL.15/2025 | Pusat Antarabangsa PUTRA (i-PUTRA)
» MENGENAI KAMI » INFO INTEGRITI » INFO INTEGRITI BIL.15/2025

INFO INTEGRITI BIL.15/2025

 

INFO INTEGRITI BIL.15/2025 - KATAKAN TIDAK KEPADA "BULI"

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.   Saya ingin menarik perhatian dan mengingatkan diri saya dan warga Universiti Putra Malaysia (UPM) agar tidak menjadikan buli sebagai budaya di tempat kerja atau di mana sahaja anda berada. Buli merupakan perbuatan menyakiti atau mengintimidasi orang lain, sama ada secara fizikal, lisan mahupun melalui platform di media sosial. Ia adalah satu masalah serius yang boleh memberi kesan negatif mendalam terhadap mangsa, termasuk dari segi emosi, psikologi dan sosial.

3.   Sehubungan itu, budaya buli bukan sahaja memberi kesan kepada individu, malah turut menjejaskan keharmonian masyarakat secara keseluruhan. Kerjasama semua pihak amat penting dalam membanteras budaya buli. Dengan tindakan bersepadu dan kesedaran yang tinggi, kita mampu menghapuskan amalan buli dan mewujudkan persekitaran yang lebih selamat, sihat dan sejahtera untuk semua.

 

4.   Semoga perkara ini mendapat makluman dan perhatian serius daripada YBhg. Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan.

Kemaskini:: 14/11/2025 [mohd_ismail]

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Antarabangsa PUTRA (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 3510
-
X, (08:48:46pm-08:53:46pm, 05 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]