
INFO INTEGRITI BIL.5/2025 - LARANGAN BERKAITAN PENERBITAN BUKU DAN KARYA BERDASARKAN MAKLUMAT RASMI TERPERINGKAT
Saya ingin menarik perhatian dan mengingatkan diri saya dan warga Universiti Putra Malaysia (UPM) tentang larangan berkaitan penerbitan buku dan karya. Berdasarkan Peraturan 17, Bahagian II, Jadual Kedua, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605] menyatakan bahawa pekerja UPM tidak boleh menerbitkan atau menulis buku, majalah atau karya lain berdasarkan maklumat rasmi terperingkat.
Sehubungan itu, semua Ketua PTJ dan penyelia diminta untuk menjalankan kawalan dan pemantauan terhadap tatakelakuan pekerja di PTJ masing-masing untuk memastikan tiada penulisan atau penerbitan buku menggunakan maklumat dalam dokumen rasmi terperingkat sama ada yang berstatus Sulit, Rahsia atau Rahsia Besar. Ketua PTJ/ penyelia yang gagal untuk menjalankan tindakan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan 21, Jadual Kedua, Bahagian II, Akta 605.
Semoga perkara ini mendapat makluman dan perhatian serius daripada YBhg. Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan.
Updated:: 14/10/2025 [mohd_ismail]

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia