INTEGRITY INFO NO.8/2026 | PUTRA International Centre (i-PUTRA)
» ABOUT US » INTEGRITY INFORMATION » INTEGRITY INFO NO.8/2026

INTEGRITY INFO NO.8/2026

INFO INTEGRITI BIL.8/2026 - LARANGAN PENYALAHGUNAAN DADAH DAN KETUM DALAM KALANGAN WARGA UPM

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.   Saya ingin menarik perhatian dan mengingatkan diri saya dan warga Universiti Putra Malaysia (UPM) bahawa sebarang penglibatan dalam penyalahgunaan dadah dan ketum merupakan satu kesalahan serius yang menyalahi undang-undang negara, melanggar peraturan universiti dan boleh dikenakan tindakan tatatertib yang tegas. Universiti tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pekerja UPM yang didapati terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti memiliki, menggunakan, menyimpan, mengedar, menjual atau melindungi kegiatan berkaitan dadah dan ketum.

3.   Sehubungan itu, warga UPM adalah dilarang melibatkan diri dengan sebarang penyalahgunaan dadah dan ketum, antara lain seperti berikut:

  • menggunakan, memiliki atau menyimpan dadah berbahaya;
  • mengedar, menjual atau menjadi orang tengah bagi urusan dadah dan ketum;
  • menyalahgunakan ketum atau memproses air ketum untuk tujuan khayal;
  • hadir bertugas atau menghadiri aktiviti universiti dalam keadaan di bawah pengaruh dadah, ketum atau bahan memabukkan; dan
  • melindungi, bersubahat atau gagal melaporkan aktiviti berkaitan dadah dan ketum yang diketahui berlaku di tempat kerja atau kampus.

4.   Untuk makluman, tindakan undang-undang dan tatatertib boleh diambil berdasarkan peruntukan seperti berikut:

  • Akta Dadah Berbahaya 1952 – berkaitan kesalahan pemilikan, penggunaan dan pengedaran dadah berbahaya;
  • Akta Racun 1952 – berkaitan pengendalian bahan terkawal dan produk terlarang;
  • Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 – berkaitan rawatan dan pemulihan penagih dadah;
  • Kanun Keseksaan – berkaitan kesalahan jenayah lain yang melibatkan penyalahgunaan bahan terlarang; dan
  • Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 – berkaitan tindakan tatatertib terhadap pegawai UPM yang terlibat dengan dadah dan ketum;

5.   Sehubungan itu, warga UPM hendaklah menjauhkan diri daripada sebarang aktiviti berkaitan dadah dan ketum serta melaporkan sebarang salah laku atau aktiviti mencurigakan melalui saluran rasmi yang ditetapkan. Universiti memandang serius perkara ini dan tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan serta undang-undang berkaitan. Sebarang pelanggaran boleh menyebabkan individu dikenakan tindakan pembuangan kerja dan pendakwaan jenayah oleh pihak berkuasa.

Semoga perkara ini mendapat makluman dan perhatian serius daripada YBhg. Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan.

Sekian, terima kasih.

Updated:: 15/07/2026 [mohd_ismail]

MEDIA SHARING

PUTRA International Centre (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 3510
-
X, (10:02:21am-10:07:21am, 17 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]