INTEGRITY INFO NO.6/2026 | PUTRA International Centre (i-PUTRA)
» ABOUT US » INTEGRITY INFORMATION » INTEGRITY INFO NO.6/2026

INTEGRITY INFO NO.6/2026

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.   Saya ingin menarik perhatian dan mengingatkan diri saya dan warga Universiti Putra Malaysia (UPM) bahawa pematuhan terhadap peraturan tatatertib merupakan tanggungjawab asas setiap warga universiti bagi memastikan perkhidmatan yang berintegriti, berdisiplin dan berwibawa.

3.   Sehubungan itu, warga UPM adalah diingatkan bahawa keterhutangan yang serius merupakan suatu bentuk pelanggaran tatakelakuan yang boleh dikenakan tindakan tatatertib. Di bawah Peraturan 12, Jadual Kedua, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605], seseorang pegawai hendaklah tidak berada dalam keadaan keterhutangan yang serius sehingga menyebabkan dirinya terdedah kepada tekanan kewangan, pengaruh tidak wajar atau keadaan yang boleh memalukan perkhidmatan.

4.   Sekiranya seseorang pegawai didapati berada dalam keadaan keterhutangan yang serius tanpa justifikasi munasabah atau gagal mengambil langkah pembetulan yang sewajarnya, keadaan tersebut boleh menjadi asas kepada siasatan dan prosiding tatatertib, selaras dengan peruntukan Akta 605 yang berkuat kuasa. Tindakan tatatertib boleh dipertimbangkan sekiranya tatakelakuan tersebut menjejaskan kecekapan, integriti atau imej perkhidmatan universiti.

5.  Justeru, semua warga UPM hendaklah mengurus kewangan secara berhemat dan bertanggungjawab, mengelakkan komitmen kewangan yang melampaui kemampuan serta mengambil tindakan awal bagi menangani masalah kewangan yang dihadapi. Pengurusan kewangan yang baik adalah sebahagian daripada disiplin perkhidmatan dan mencerminkan tahap integriti seseorang pegawai.

Kerjasama dan kesedaran semua pihak amatlah penting bagi memastikan pematuhan berterusan terhadap peraturan tatatertib serta pemeliharaan integriti dan reputasi Universiti Putra Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Updated:: 15/07/2026 [mohd_ismail]

MEDIA SHARING

PUTRA International Centre (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 3510
-
X, (10:02:21am-10:07:21am, 17 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]