INFO INTEGRITI BIL.17/2025 | PUTRA International Centre (i-PUTRA)
» ABOUT US » INTEGRITY INFORMATION » INFO INTEGRITI BIL.17/2025

INFO INTEGRITI BIL.17/2025

 

INFO INTEGRITI BIL.17/2025 - PENGLIBATAN POLITIK WARGA UNIVERSITI

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.   Saya ingin menarik perhatian dan mengingatkan diri saya dan warga Universiti Putra Malaysia (UPM) bahawa penglibatan politik pekerja universiti adalah tertakluk kepada Peraturan 20, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib & Surcaj) 2000 [Akta 605] seperti berikut:

Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional :

Tidak boleh mengambil bahagian aktif dalam aktiviti politik atau memakai apa-apa lambang sesuatu parti.

Kumpulan Pelaksana :

Tiada halangan untuk pekerja Kumpulan Pelaksana mengambil bahagian aktif dalam politik atau memakai apa-apa lambang sesuatu parti politik setelah mendapat kebenaran bertulis Lembaga [Seksyen 20(2)]. Namun, lambang sesuatu parti politik tidak boleh dipakai semasa berada di dalam kampus.

 

Penglibatan politik secara aktif adalah seperti berikut:

  • Menjadi ahli jawatankuasa parti politik;
  • Bertanding dalam pemilihan parti;
  • Berkempen atau membantu calon dalam pilihan raya;
  • Mengadakan ceramah politik;
  • Menyertai program yang dianjurkan khusus oleh parti politik (dengan peranan rasmi).

 

3.   Sehubungan itu, kerjasama dan perhatian YBhg. Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan dalam memastikan peraturan ini dipatuhi demi menjaga keharmonian dan kedudukan neutral Universiti amatlah dihargai. Bersama-sama ini disertakan soalan lazim (FAQ) seperti mana lampiran A untuk rujukan YBhg. Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan.

 

4.   Semoga perkara ini mendapat makluman dan perhatian serius daripada YBhg. Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan.

Sekian, terima kasih.

Updated:: 05/12/2025 [mohd_ismail]

MEDIA SHARING

PUTRA International Centre (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 3510
-
F, (03:02:04pm-03:07:04pm, 11 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]