INFO INTEGRITI BIL.9/2025 | PUTRA International Centre (i-PUTRA)
» ABOUT US » INTEGRITY INFORMATION » INFO INTEGRITI BIL.9/2025

INFO INTEGRITI BIL.9/2025

 

INFO INTEGRITI BIL.9/2025 - LARANGAN MEMASUKKAN DUIT KUTIPAN SUMBANGAN ATAU YURAN PROGRAM/ PERSATUAN/ KELAB KE AKAUN PERIBADI

Saya ingin menarik perhatian dan mengingatkan diri saya dan warga Universiti Putra Malaysia (UPM) berkaitan larangan memasukkan duit kutipan sumbangan atau yuran program/ persatuan/ kelab ke akaun peribadi. Semua pekerja UPM diingatkan untuk tidak memasukkan duit kutipan sumbangan atau yuran program/ persatuan/ kelab ke dalam akaun peribadi kerana tindakan berkenaan boleh dianggap sebagai satu bentuk salah laku tatatertib dan berpotensi sebagai kesalahan jenayah.

 

Tindakan ini adalah salah dan boleh dianggap sebagai:

(i) pelanggaran integriti dan salah laku kewangan;

(ii) kesalahan di bawah seksyen 403 / 405 Kanun Keseksaan (salah guna harta / pecah amanah); dan

(iii) salah laku tatatertib pekerja badan berkanun di bawah Akta 605.

 

Sehubungan itu, semua kutipan wajib dimasukkan ke dalam akaun persatuan atau akaun rasmi yang diluluskan oleh pihak pengurusan universiti mengikut garis panduan kewangan UPM. Sebarang pelanggaran boleh dikenakan tindakan tatatertib dan/atau tindakan undang-undang.

Semoga perkara ini mendapat makluman dan perhatian serius daripada YBhg. Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan.

Updated:: 14/10/2025 [mohd_ismail]

MEDIA SHARING

PUTRA International Centre (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 3510
-
F, (05:38:42pm-05:43:42pm, 13 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]