INFO INTEGRITI BIL.16/2025 | PUTRA International Centre (i-PUTRA)
» ABOUT US » INTEGRITY INFORMATION » INFO INTEGRITI BIL.16/2025

INFO INTEGRITI BIL.16/2025

 

INFO INTEGRITI BIL.16/2025 - INTEGRITI DALAM PEKERJAAN

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.   Saya ingin menarik perhatian dan mengingatkan diri saya dan warga Universiti Putra Malaysia (UPM) bahawa integriti adalah tunjang kepercayaan organisasi. Setiap tindakan kita, sama ada dalam membuat keputusan, mengurus dokumen dan maklumat, melaksanakan tugas atau menggunakan kemudahan universiti, hendaklah berpaksikan kepada kejujuran, ketelusan dan tanggungjawab. Elakkan sebarang bentuk salah guna kuasa, konflik kepentingan, penyelewengan atau ketidakjujuran walau sekecil mana sekalipun. Reputasi UPM dibina oleh setiap seorang daripada kita. Integriti dalam pekerjaan adalah jalan menuju keberkatan. Jagalah maruah diri, keluarga dan universiti dengan menjauhi rasuah, salah guna kuasa dan segala bentuk khianat. Integriti bukan hanya slogan, tetapi adalah komitmen seumur hidup. Setiap warga UPM bertanggungjawab memastikan semua urusan universiti dilaksanakan secara adil, telus dan beretika.

3.   Sehubungan itu, marilah kita bersama membudayakan integriti dalam setiap tindakan, kerana kejayaan UPM bukan hanya diukur pada pencapaian akademik, tetapi pada maruah dan nilai yang kita pertahankan.

4.   Semoga perkara ini mendapat makluman dan perhatian serius daripada YBhg. Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan.

Sekian, terima kasih.

Updated:: 05/12/2025 [mohd_ismail]

MEDIA SHARING

PUTRA International Centre (i-PUTRA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 3510
-
F, (06:55:19pm-07:00:19pm, 12 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]